Majlis Geopark Icon

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 15 Julai 2020

Tempat: Hotel Adya, Langkawi, Kedah

Satu majlis apresiasi gilang-gemilang anjuran Bahagian Geopark dan Konservasi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah diadakan pada 15 Julai yang lalu bagi meraikan komuniti-komuniti setempat yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Wakil-wakil komuniti ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu GEOproduct, GEOpartner, GEOambassador, GEOfood dan GEOguide yang mana terdiri daripada pelbagai agensi termasuklah agensi kerajaan, swasta, NGO, persendirian, perindustrian dan lain-lain lagi. Majlis yang berlangsung di Hotel Adya, Langkawi ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Perancangan dan Pembangunan) LADA iaitu Tuan Haji Zepri Saad, serta turut dihadiri oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo yang merupakan Penasihat LUGGp. Majlis berakhir dengan penyampaian sijil kepada wakil-wakil komuniti yang hadir.

Sumber: Facebook Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

 

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.