Pelancaran Program Kelestarian Universiti Untuk Masyarakat (U4S Zon Utara)

Anjuran: Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tarikh: 28 Februari 2020

Tempat: Dewan Komuniti Pulau Tuba, Langkawi, Kedah

Program Kelestarian Universiti Untuk Masyarakat atau University for Society (U4S) adalah merupakan program berbentuk universiti kepada masyarakat yang mana peranan universiti hendaklah berfokus memberi faedah kepada masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar. Pelbagai universiti awam (UA) telah terlibat secara langsung bagi menjayakan program ini. Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dilantik sebagai universiti penyelaras yang bertindak selaku penghubung diantara pihak kementerian, universiti dan agensi kerajaan dalam pelaksanaan program U4S. Penglibatan universiti-universiti awam telah dibahagikan mengikut zon iaitu Zon Selatan, Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur serta Zon Sabah dan Sarawak.

Bagi Zon Utara, pelancaran bagi program U4S telah dilaksanakan di Pulau Tuba, Langkawi yang mana UA yang terlibat termasuklah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Aturcara bagi program semasa majlis pelancaran termasuklah penyampaian sijil kepada wakil komuniti setiap projek, pameran projek-projek komuniti, lawatan tapak projek komuniti sekitar Pulau Tuba serta program pemindahan ilmu yang disampaikan oleh UA terlibat.

Majlis pelancaran U4S Zon Utara di Dewan Komuniti Pulau Tuba, Langkawi, Kedah.

Penyampaian sijil kepada wakil komuniti bagi setiap projek U4S Zon Utara.

Pameran projek-projek komuniti Pulau Tuba:

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.