Pelantikan Sebagai Pengerusi Pusat Penyelidikan Langkawi – Dr. Sharina Abdul Halim

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Sharina Abdul Halim diatas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI-UKM) untuk tempoh 3 tahun, bermula pada 15 November 2020 sehingga 14 November 2023. Beliau adalah merupakan pakar penyelidik dalam bidang sosiologi alam sekitar dan pemuliharaan warisan budaya. Beliau juga adalah merangkap Ketua Program Penyelidikan Warisan Budaya dan Kelestarian Sosial di PPL. Akhir kata, pihak Pengurusan PPL serta seluruh warga kakitangan mengucapkan selamat berbakti dan didoakan agar beliau akan terus-menerus membawa pengurusan PPL ke tahap kejayaan yang lebih tinggi dan berdaya saing.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.