Perbincangan Program Anjuran Bersama “Community Art Experience 2021”

Anjuran: Putri Pakma Art Group, Kuala Lumpur National Art Gallery dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 12 Januari 2021

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

Satu perjumpaan yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada Putri Pakma Art Group dan Kuala Lumpur National Art Gallery serta Pengerusi dan felo-felo penyelidik daripada PPL telah diadakan pada 12 Januari 2021 yang lalu bagi membincangkan mengenai penganjuran bersama satu program komuniti untuk masyarakat di Pulau Langkawi, Kedah khususnya kepada kanak-kanak sekolah. Program yang dinamakan sebagai Community Art Experience 2021 ini melibatkan penganjuran pelbagai aktiviti berunsurkan kesenian seperti karnival seni dan jualan kraf, pertandingan melukis serta lukisan batik, pertandingan bercerita dan lain-lain lagi.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida binti Derahman