Program CSR – Geosite Cleaning Programme

Anjuran: AmanahRaya-Kenedix REIT Manager (AKRM), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 15 September 2019

Tempat: Santuari Bakau Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Langkawi, Kedah.

AmanahRaya-Kenedix REIT Manager (AKRM) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah menganjurkan satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Pulau Langkawi, Kedah. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan semasa program tersebut termasuklah penyemaian benih dan penanaman anak pokok bakau di kawasan Santuari Bakau serta pembersihan di sekitar kawasan Jeti Pelancongan Sungai Kilim. Para peserta program juga diberi peluang melawat ke Discovery Centre Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp), yang merupakan produk baru geo-pelancongan di Pulau Langkawi.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.