Program Hari GeoDiversiti Antarabangsa & Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 2022

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Sekolah Kebangsaan Kilim dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi

Tarikh: 6 Oktober 2022

Tempat: Sekolah Kebangsaan Kilim, Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 6 Oktober 2022 – Adalah suatu kebanggaan kepada Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) kerana telah dijemput sebagai pempamer oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bersempena sambutan Hari Geodiversiti Tahun 2022 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kilim, Langkawi, Kedah. Program anjuran bersama Sekolah Kebangsaan Kilim dan Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi turut disertai oleh MareCet: Marine Mammal Conservation serta Bahagian Geopark dan Pelancongan LADA sebagai pempamer. YB Dato’ Haji Juhari Bulat (ADUN Ayer Hangat) dan Tuan Nasaruddin Abdul Muttalib (Ketua Pegawai Eksekutif LADA) telah hadir memberikan ucapan perasmian dan sijil penghargaan.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman