Program Penjelajahan Ekosistem Institut Pengajian Tinggi

Anjuran: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kedah, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 30 Oktober – 2 November 2019

Tempat: PPL dan Sekitar Pulau Langkawi, Kedah.

Program Penjelajahan Ekosistem atau lebih dikenali sebagai Ecosystem Discovery Journey (EDJ) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) pada 30 Oktober sehingga 2 November 2019. Program pada kali ini adalah melibatkan para pelajar dari pelbagai institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia. Antara IPT yang terlibat termasuklah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam Bangi, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Perak, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bertam Pulau Pinang, IPG Tengku Ampuan Afzan Pahang, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPS), Kolej Komuniti Langkawi (KKL), IPG Kampus Pendidikan Teknik Negeri Sembilan, UiTM Perak, Universiti Malaysia Pahang (UMP), IPG Kampus Darulaman Jitra Kedah dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bilangan peserta termasuk pensyarah pengiring adalah seramai 66 orang. Intipati program adalah berkaitan pemahaman mengenai penjagaan dan pengekalan ekosistem bumi yang melibatkan pengurusan sumber air, hutan, sisa dan alam sekitar.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.