Public Lecture Penasihat Langkawi Unesco Global Geopark 2018 (Geoparkian LUGG – Budaya, Tradisi & Nilai Bersama)

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 12 Disember 2018

Tempat: Auditorium LADA, Langkawi, Kedah

Bersempena dengan persediaan kepada semua stakeholder dan komuniti Langkawi dalam menghadapi penilaian semula Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGG) pada tahun 2019, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan satu public lecture bersama Penasihat LUGG, iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo. Pembentangan slaid yang disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo bertajuk Geoparkian LUGG yang memfokuskan kepada pembangunan budaya, tradisi dan nilai bersama terutamanya dikalangan pihak-pihak berkepentingan amat bertepatan dan memberi impak yang besar dalam pembangunan dan pengurusan LUGG. Pengurus Besar Bahagian Geopark LADA, iaitu En. Azmil Munif Mohd Bukhari turut hadir bagi memberikan ucapan aluan. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab bersama para peserta yang hadir, serta jamuan petang.

Ucapan aluan oleh En. Azmil Munif Mohd Bukhari, Pengurus Besar Bahagian Geopark LADA

Public Lecture yang disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo.

Sesi soal jawab bersama peserta.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.