Siri Pemerkasaan Belia Langkawi Geopark: Penjelajahan Ekosistem

Anjuran: UNESCO: Intergovernmental Hydrological Programme (IHP) Malaysia, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) & Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 1 – 3 September 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS) dan sekitar Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 3 September 2022 – Satu program Siri Pemerkasaan Belia Langkawi Geopark: Penjelajahan Ekosistem telah diadakan selama 3 hari bermula 1 September yang lalu, bertempat di UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS) dan kawasan sekitar Langkawi, Kedah. Program yang melibatkan pasukan pakar daripada UKM serta penceramah jemputan ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada golongan belia Langkawi. Sasaran kepada golongan belia ini adalah bertujuan mempertingkatkan usaha melestarikan alam sekitar, disamping memberikan pendedahan dan pemahaman kepada konsep pengurusan ekosistem di Langkawi serta pendedahan potensi produk dan nilai eko-pelancongan setempat kepada belia-belia di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Selain penyertaan daripada mahasiswa dan mahasiswi institut pengajian tinggi, peserta-peserta lain yang turut hadir termasuklah wakil-wakil belia daripada agensi kerajaan, swasta, NGO, pemandu pelancong serta komuniti tempatan. Sijil penyertaan turut diberikan kepada para peserta yang hadir.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman