Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG)

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Lawatan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Pada 8 April 2014, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah menerima kunjungan pelajar tahun akhir kursus Bioteknologi dari Fakulti Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan. Kumpulan ini terdiri daripada 29 orang pelajar dan seorang mentor.

Lawatan ini bertujuan untuk membuka minda pelajar tentang penyelidikan di Langkawi dan juga memberi pengenalan mengenai Geopark. Ia juga bertujuan untuk menambah pengetahuan pelajar mengenai sumber-sumber biologi, geologi yang terdapat di Langkawi.

Lawatan yang bermula pada jam 3 petang ini dimulai dengan tayangan slaid ‘Apa itu Geopark’ dan diakhiri dengan lawatan ke kawasan persekitaran PPL.

oleh Ku Adriani.

Translate »