Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG)

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

“Junior Geologist”

Pada 25hb Februari 2014, seramai 40 pelajar tingkatan dua bersama tiga guru pengiring dari Maktab Rendah Sains MARA Langkawi telah mengadakan program sehari bersama Pakar Geologi iaitu Prof. Madya Dr. Kamal Roslan bin Mohamed di Pusat Penyelidikan Langkawi. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran kepada para pelajar tentang sumber warisan geologi dan landskap yang terdapat di Langkawi.

Program ini dimulakan dengan kuliah geologi selama dua jam, lawatan ke makmal dan galeri PPL seterusnya kerja lapangan di kawasan Batu Asah pada sebelah petang. Ketika melakukan kerja lapangan, pelajar-pelajar ini telah berjaya menemui fosil yang berusia 280 juta tahun dahulu dan ini  menjadikan satu pengalaman yang sangat istimewa buat mereka.

Cikgu Nazura binti Ishak, selaku guru pengiring menyatakan bahawa pelajarnya sangat gembira dengan program ini terutama sekali ketika kerja lapangan walaupun cuaca panas terik. Kuliah yang diberikan juga banyak membantu untuk pengajaran dan pembelajaran beliau kelak.

oleh Ku Adriani.

Translate »