Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG)

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Lawatan Pengarah Baru LESTARI, Prof. Dr. Mohd Raihan Taha ke PPL.

Pada 21hb Mac 2014, buat pertama kalinya, PPL menerima kunjungan dari Pengarah baru LESTARI iaitu Prof. Dr. Mohd Raihan Taha yang baru sahaja dilantik menjadi Pengarah LESTARI pada 10hb Februari 2014. Lawatan ini diringi oleh Prof. Madya Dr. Kamal Roslan bin Mohamed (Pengerusi PPL),  Dato’ Shaharuddin Mohd Ismail (Felo LESTARI) dan Dato’ Kamarulzaman Abdul Ghani (Sarjana Tamu LESTARI).

Lawatan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan PPL dari segi penyelidikan yang dijalankan, kemudahan yang ada contohnya makmal, bilik seminar, bilik sumber, bilik-bilik penginapan dan geleri penyelidikan. Lawatan yang bermula pada jam 4petang ini dan berakhir pada jam 5.30 petang.

oleh Ku Adriani.

Translate »