Ekspedisi Penerokaan Pulau Tuba: Pencarian kawasan berpotensi tinggi untuk “Geotrail’ yang seterusnya.

IMG_2157page 1(2)page 2page 3page 4

1-2 Julai 2015: Sekumpulan penyelidik telah menerokai Pulau Tuba bagi pencarian kawasan berpotensi tinggi untuk dijadikan Geotrail yang seterusnya. Beberapa kawasan yang telah dikenalpasti dan menurut pakar dan penyelidik, kawasan ini mempunyai nilai geologi yang tinggi dan berpotensi besar untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong. Diantara tempat yang diterokai adalah Gua Wang Buluh, Gua Wang Lebah, Gua Kelawar, Tanjung Pandan, Pantai Teluk Berembang, Pantai Teluk Keram, Tanjung Peluru dan bukit di belakang Masjid Pulau Tuba.

Projek ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Kamal Roslan bin Mohamed dan disertai oleh beberapa pakar, penyelidik dan pihak luar termasuklah Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Prof. Dr. Che Aziz Ali, Dr. Tanot Unjah, Dr. Juliana Senawi, Encik Roslan bin Hamid, Mohammad Fadli bin Abu Mansor, Mohamad Amar Zakuan bin Zahri, Dato’ Kamarulzaman Abdul Ghani, Encik Othman Ayeb, Puan Indara Rahayu, Langkawi Story dan Cik Ku Adriani Ku Ayob.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.