Forum Langkawi Lestari

FLL

Anjuran: EcoKnights’, Persatuan Niagakawi, The Frangipani Langkawi and Langkawi Green

Tarikh: 21 Mei 2015 (1.30 pm – 5.00 pm)

Tempat: Frangipani Langkawi Resort and Spa Hotel

Forum Langkawi Lestari merupakan satu forum komuniti yang menumpukan aspek permasalahan alam sekitar di Pulau Langkawi dan menekankan cara penyelesaian secara praktikal. Forum ini juga bertindak sebagai panduan kepada Langkawi Eco Film Festival (LEFF) 2015 dan Dialog Komuniti. Isu yang dibincangkan pada forum kali ini adalah berkaitan “Most Pressing Environmental Issues on Pulau Langkawi” yang mana dikendalikan oleh Mr. Andrew Zoromski. Antara persepakatan isu yang dirumuskan termasuklah mentaliti dan sikap kepada pemuliharaan alam sekitar, penjanaan ekonomi sejajar dengan kelestarian alam sekitar, masalah pencemaran sisa pepejal dan cecair, serta ketelusan perancangan, pengurusan dan penguatkuasaan. Jemputan yang hadir termasuklah wakil daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Friends of Langkawi Geopark (FLAG), Environment Idaman Sdn. Bhd., Malaysian Nature Society (MNS) and Rotary Club of Langkawi.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.