Hari Terbuka PPL – 27 Oktober 2014

entry 1 a

entry 1 b

entry 1 c

Hari Terbuka PPL telah diadakan pada 27 Oktober 2014. Keseluruhan aktiviti telah dibahagikan kepada dua iaitu pagi dan petang. Aktiviti pada sebelah pagi melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dari 7 buah sekolah di Langkawi. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pengenalan mengenai PPL, penerangan mengenai Langkawi Geopark dari segi warisan budaya dan batuan serta disusuli dengan lawatan ke galeri.

Manakala aktiviti sebelah petang pula adalah dialog di antara FLAG – Friends of Langkawi Geopark dan pengusaha industri di Langkawi seperti pemilik hotel, chalet dan motel. Antara isu yang dibincangkan adalah bagaimana pengusaha industri dapat membantu dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di Langkawi.

oleh Ku Adriani Ku Ayob.