Kursus Fail Meja LESTARI

FAIL MEJA 1FAIL MEJA 2

Tarikh: 24-28 Mei 2015

Tempat: PPL

Jumlah pax: 20 pax

Anjuran: LESTARI UKM

Kursus Fail Meja anjuran LESTARI ini telah diadakan pada 24-28 Mei 2015 di bilik seminar Pusat Penyelidikan Langkawi. Penceramah jemputan bagi kursus ini adalah Encik Khalid bin Sameon. Kursus dimulakan dengan penyelarasan tor pegawai dan staf sokongan yang berkhidmat di LESTARI, diikuti dengan pembangunan Fail Meja dan penyelarasan prosedur kerja. Peserta juga turut mengikuti ceramah bertajuk “Pengurusan Pejabat dengan 5s” yang diberikan oleh Encik Heesyamudin dari Pusat Teknologi Maklumat. Kursus ini diakhiri dengan pembentangan fail meja individu oleh peserta yang terpilih.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.