Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG)

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Lawatan dari Institut Penyelidikan Kenyir (IPK), UMT

Universiti_Malaysia_Terengganu_logo

Pada 25 Mei yang lalu Institut Penyelidikan Kenyir (IPK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu telah mengadakan lawatan ke PPL. Objektif utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat  dan pendedahan berkaitan pembangunan Geopark di Langkawi bagi merealisasikan perancangan pembangunan Geopark Kenyir.

Lawatan ini terdiri daripada lebih kurang 30 Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan beberapa staf dari IPK, UMT ini bermula dari jam 4 petang dan berakhir sekitar jam 5.30 petang. Kumpulan ini diiringi oleh Cik Rasanubari dari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Disediakan oleh Ku Adriani.

Translate »