Malaysia Green Growth with Low Carbon Langkawi

abd_post

Program: STAKEHOLDERS ENGAGEMENT WITH LANGKAWI HOTELS ASSOCIATION “Malaysia Green Growth with Low Carbon Langkawi”

Anjuran: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), United Nations Development Programme (UNDP) dan Rekarancang Sdn. Bhd.

Tarikh: 24 Ogos 2015

Tempat: The Frangipani Langkawi Resort & Spa, Langkawi

Satu perbincangan bersama pihak berkepentingan perhotelan dan sektor pelancongan sekitar Langkawi telah diadakan bagi mendapatkan maklumbalas berkenaan model pembangunan Pulau Rendah Karbon Langkawi atau lebih dikenali sebagai Low Carbon Langkawi (LCL). Disamping itu, perbincangan juga berkaitan pembangunan hijau yang merangkumi aspek perhotelan, pelancongan dan pembangunan Langkawi secara menyeluruh. Perbincangan ini dikendalikan oleh Pn. Rogayah binti Kadari (Setiausaha Bahagian Kanan Sektor Teknologi Hijau, KeTTHA), Datin Paduka Dr. Halimaton Saadiah binti Hashim dan En. Nik Mohd Ruiz Razy. Pelbagai permasalahan dan unsur-unsur kritikal berkaitan pembangunan hijau LCL telah dibincangkan bersama.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.