Meet The Scientist

7. Meet The Scientist SMK KedawangProf. Madya Dr. Kamal Roslan sedang memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar di SMK Kedawang Langkawi.

Anjuran: Pusat Sains Negara dan PPL

Tarikh: 29.3.2015

Tempat: SMK Kedawang Langkawi

Jumlah pax: 200 pax

“Meet the Scientist” adalah salah satu aktiviti dibawah Program Kembara Sains @ Langkawi yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai kajian-kajian terbaru yang dijalankan oleh saintis disamping menjadikan saintis sebagai role model kepada masyarakat terutamanya pelajar sekolah. Program ini melibatkan saintis tempatan dalam memberikan motivasi dan inspirasi kepada pelajar bagi meneruskan pembelajaran dalam Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pada program kali ini, Pusat Sains Negara telah menjemput Prof. Madya Dr. Kamal Roslan untuk memberikan ceramah berkaitan Biodiversiti dan Geodiversiti kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.