Meet The Scientist II

9. Meet the scientist SMK MahsuriProf. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed sedang memberikan penerangan kepada pelajar-pelajar SMK Mahsuri Langkawi berkenaan Biodiversiti dan Geodiversiti yang terdapat di Langkawi Geopark.

Anjuran: Pusat Sains Negara dan PPL

Tarikh: 2 April 2015

Tempat: SMK Mahsuri Langkawi

Jumlah pax: 200 pax

“Meet the Scientist” adalah salah satu aktiviti dibawah Program Kembara Sains @ Langkawi yang dianjurkan oleh Pusat Sains Negara. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai kajian-kajian terbaru yang dijalankan oleh saintis disamping menjadikan saintis sebagai role model kepada masyarakat terutamanya pelajar sekolah. Program ini melibatkan saintis tempatan dalam memberikan motivasi dan inspirasi kepada pelajar bagi meneruskan pembelajaran dalam Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pada program kali ini, Pusat Sains Negara telah menjemput Prof. Madya Dr. Kamal Roslan untuk memberikan ceramah berkaitan Biodiversiti dan Geodiversiti kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.