Program Melestarikan Tapak Warisan Geologi Langkawi Geopark

PPL-JMG MELESTARIKAN 22.4.2015

Tarikh: 22.4.2015

Tempat: PPL

Jumlah pax: 45

Anjuran: Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/P.Pinang dan PPL

Program Kesedaran Melestarikan Tapak Warisan Geologi Langkawi Geopark telah diadakan pada 22 April 2015 di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Program ini merupakan program kerjasama di antara Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis dan Pulau Pinang dan PPL. Seramai 35 pelajar dan guru pengiring dari MRSM Langkawi dan SMK Tunku Putra telah menyertai program ini. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan menambahkan ilmu pengetahuan kepada guru dan pelajar bagi meningkatkan kesedaran kepada penjagaan alam sekitar dan melestarikan tapak warisan geologi. Ia juga bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman berhubung program geowarisan yang telah dijalankan di Malaysia.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.