PROGRAM LESTARI RAKYAT bersama Pelajar Sekolah Menengah di Pulau Langkawi

LESTARI RAKYAT 14-16.4.2015

Tarikh: 14-16.4.2015

Tempat: PPL

Jumlah pax: 45

Anjuran: LESTARI UKM & YAYASAN BANK RAKYAT

Program LESTARI RAKYAT Siri II telah dijalankan dengan jayanya pada 14-16 April yang lalu dengan melibatkan seramai 45 pelajar sekolah menengah di Langkawi yang terpilih. Pada program kali ini, pelajar didedahkan dengan modul hutan, air, tanah dan sisa yang diberikan secara teori dan praktikal. Selain daripada mengikuti modul-modul ini, pelajar juga telah mengikuti Forum bersama Saintis Rakyat di mana tetamu jemputannya adalah Profesor Emeritus Dato’ Dr. Abdul Latiff Mohamad dan juga Dato’ Kamarulzaman Abdul Ghani.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.