Sesi Mengadap YTM Tunku Panglima Besar Kedah

entry 2(1)

Pada 11hb September 2014, satu majlis khas iaitu sesi mengadap Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah diadakan di Bayview Hotel Langkawi. Majlis khas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ini bertujuan untuk membentangkan laporan semasa kepada YTM Tunku Panglima Besar. Laporan dari pihak LADA dibentangkan oleh YBhg. Tan Sri Khalid Ramli, Pegawai Eksekutif LADA manakala laporan dari UKM pula dibentangkan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM dan Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi UKM.

oleh Ku Adriani Ku Ayob.