Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG)

 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Mesyuarat Agung FLAG

Foto kredit : En. Aidi Abdullah

Pertubuhan Sahabat Langkawi Geopark – Friends of Langkawi Geopark (FLAG) telah mengadakan Mesyuarat Agung yang pertama pada 9hb Februari 2014 bertempat di Dewan Auditorium, Pusat Penyelidikan Langkawi. Seramai 32 orang telah menghadiri mesyuarat ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato’ Dr. Kamarulzaman Abdul Ghani ini bermula dari jam 3 petang. Mesyuarat ini dimulakan dengan taklimat ringkas mengenai tujuan dan matlamat FLAG ditubuhkan,  kepentingan Langkawi Geopark dan mengapa status global ini perlu dipertahankan.

Mesyuarat disusuli dengan perlantikan ahli jawatankuasa rasmi, pindaan perlembagaan, hal-hal kewangan dan cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan. Pada hari tersebut seramai 30 ahli telah mendaftar dan setiap ahli dikenakan bayaran sebanyak RM70 iaitu RM20 yuran pendaftaran (sekali sahaja) dan RM50 yuran tahunan. Untuk makluman, pendaftaran ahli terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ahli FLAG.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.30 petang.

oleh Ku Adriani.

Translate »