Lawatan Kerja dan Audit Pemeriksaan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja

Anjuran: Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-UKM)

Tarikh: 31 Julai – 1 Ogos 2018

Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), Langkawi, Kedah.

Satu lawatan kerja pelaksanaan pelupusan sisa kimia dan audit pemeriksaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja telah dijalankan di PPL oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ROSH-UKM. Lawatan kerja pelaksanaan pelupusan sisa kimia ini termasuklah perbincangan dan mendengar taklimat berkaitan Pengurusan Buangan Terjadual (BT). Manakala, kerja-kerja pengauditan dijalankan di seluruh kawasan PPL termasuk Bangunan Pentadbiran, Asrama dan Makmal. Selain itu, pihak ROSH-UKM juga memberi taklimat berkenaan PKU 12 dan tindakan kecemasan kepada kakitangan PPL. Antara kakitangan PPL yang terlibat adalah Cik Asbiyatulaida Derahman, En. Muhammad Nikman Ahmadan serta Cik Nor Amilia Che My.

Perbincangan dijalankan di Makmal Interaksi PPL.

 

Pengauditan dan pemeriksaan di sekitar PPL.

 

Taklimat PKU 12 oleh Pn. Suzana Abu Bakar.

 

Taklimat Tindakan Kecemasan oleh En. Mohd Noor Faizal Mohd Nadzir.

 

Penyerahan Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan UKM oleh Pn. Suzana Abu Bakar kepada wakil PPL.

 

Lawatan di Galeri Penyelidikan PPL.

 

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.