Bengkel Asas Pengenalan Spesis Ular di Langkawi

Anjuran: Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad (CoopKilim)

Tarikh: 9 November 2022

Tempat: Dewan Anjung Lestari, Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 9 November – Satu bengkel asas pengenalan kepada spesis ular anjuran Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad (CoopKilim) telah diadakan bersempena Hari Ular Sedunia 2022 di Dewan Anjung Lestari, Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Langkawi. Bengkel yang dikendalikan oleh En. Othman Ayeb, selaku pemandu pelancong dan juga Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM) ini telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan oleh komuniti Kampung Kilim, masyarakat sekitar, pemandu-pemandu pelancong tempatan, serta kakitangan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan. Selain daripada penyampaian penerangan dan taklimat menerusi slaid pembentangan, demo pengendalian bersama beberapa ekor ular turut dipertunjukkan kepada para peserta yang hadir.

 

Penceramah:

En. Othman Ayeb

Bidang Kepakaran: Geopark

(Pemandu Pelancong/ Felo Bersekutu Pusat Penyelidikan Langkawi, LESTARI-UKM)

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman