Kerja Lapangan Tapak-tapak Fitur Geologi Menarik di Pulau Tuba, Langkawi

Kerja lapangan tapak-tapak fitur geologi di Pulau Tuba telah diadakan pada 5 hingga 6 Mei 2018. 3 penyelidik utama yang terlibat dengan kerja lapangan ini adalah Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed (Ketua Projek), Prof. Dr. Che Aziz Ali dan Prof. Dr. Norhayati Ahmad. Kerja lapangan pada kali ini memerlukan penyelidik bermalam di Pulau Tuba kerana terdapat beberapa lokasi fitur yang memerlukan gambar diambil pada waktu senja dan awal pagi.

Data dan gambar yang dikumpul akan digunakan bagi penulisan buku Dayang Bunting Marble Geoforest Park dan juga pengumpulan data bagi kajian Pemetaan dan Pencirian Gua-gua di Langkawi.

Antara lokasi yang dilawati adalah Tanjung Pandan, Gua Wang Buluh, Gua Wang Lebah, Batu Hampar, Bukit Kecil, Teluk Berembang, Batu Puyuh dan kawasan dinding batuan yang terletak berdekatan jeti panjang Pulau Tuba.

Laporan oleh Ku Adriani Ku Ayob.