Kembara Sekolah ke Langkawi Unesco Global Geopark

Anjuran: Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Mersing dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 4 – 6 April 2019

Tempat: Sekitar Pulau Langkawi

Satu program bersama pelajar sekolah telah dianjurkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Mersing, Johor dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Seramai 40 orang pelajar daripada SMK Sri Mersing, Johor terlibat sebagai peserta program. Program ini dikendalikan oleh Dr. Tanot Unjah (Ketua Program Penyelidikan Warisan Geologi dan Landskap) dan Dr. Sharina Abdul Halim (Ketua Program Penyelidikan Warisan Budaya dan Kelestarian Sosial). Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah mengadakan lawatan ke SMK Ayer Hangat, melakukan aktiviti di Pantai Chenang, mendengar taklimat Geopark oleh wakil daripada Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), lawatan lapangan ke Kilim Karst Geoforest Park, menjalankan aktiviti lapangan di Air Terjun Telaga Tujuh serta lawatan ke Galeri Penyelidikan PPL.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.