Kunjungan Mesra Pejabat Perikanan Daerah Langkawi, Kedah

Anjuran: Pejabat Perikanan Daerah Langkawi, Kedah dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 8 November 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 8 November 2022 – Ketua Pejabat Perikanan Daerah Langkawi, En. Muhammad Azahar bin Ahmad bersama-sama beberapa orang kakitangan beliau telah membuat kunjungan mesra ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM). Kunjungan yang turut disertai dengan sesi perbincangan ringkas bersama kakitangan-kakitangan PPL-UKM ini berakhir dengan lawatan ke Galeri Penyelidikan PPL-UKM.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman