Kursus Pemandu Pelancong Langkawi UNESCO Global Geopark Siri 2 – Geotrail Kars Kilim

Anjuran: Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 5 Januari 2021

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS) dan Georimba Kars Kilim, Langkawi, Kedah

Pada 5 Januari yang lalu, seramai 30 orang peserta daripada kalangan pemandu pelancong Langkawi dan kakitangan-kakitangan yang terlibat secara langsung dalam industri geopelancongan di Langkawi telah mengikuti Kursus Pemandu Pelancong Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) Siri 2: Geotrail Kars Kilim. Kursus yang dianjurkan oleh SKUM, LADA dan PPL-UKM ini adalah merupakan sebahagian daripada siri Modul Latihan LUGGp oleh PPL-UKM untuk memperkenalkan produk geopelancongan berkualiti bagi membolehkan maklumat tentang warisan terintegrasi geologi, biologi dan budaya digunakan secara lestari. Kursus ini terbahagi kepada dua slot iaitu penyampaian kuliah di Auditorium KTAHMS-UKM pada sesi pagi serta lawatan dan kerja lapangan di kawasan-kawasan geotapak di Georimba Kars Kilim Langkawi. Penyampaian kuliah adalah merangkumi ketiga-tiga aspek utama beserta pendidikan awam yang disampaikan oleh pakar-pakar penyelidik UKM iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Geologi dan Geopark), Prof. Dr. Norhayati Ahmad (Biologi), Dr. Sharina Abdul Halim (Budaya) dan Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman (Pendidikan). Kursus diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang berjaya menamatkan latihan.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida binti Derahman