Lawatan dan Aktiviti Pemantauan Aset Tak Alih oleh Wakil Juruaudit Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

Anjuran: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 17 Ogos 2020

Tempat: Pusat Penyelidikan Langkawi, Langkawi, Kedah

Satu aktiviti lawatan dan pemantauan aset tak alih Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah dijalankan pada 17 Ogos 2020 oleh Juruaudit Kanan dan Penolong Juruaudit daripada Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), iaitu En. Mohamad Hassan Hj. Salim dan Pn. Norazilah Md Isa. Turut serta mengiringi lawatan dan pemantauan aset tak alih ini adalah wakil daripada Jabatan Prasarana-UKM iaitu Timbalan Pengarah (Infrastruktur & Strategi), En. Mohd Zulkefele Mohd Zain serta wakil daripada Khazanah-UKM iaitu Eksekutif (Pengurusan Hartanah & Penilaian), Sr. Mohd Za’im Aziz. Manakala, wakil daripada PPL adalah Cik Asbiyatulaida Derahman (Pegawai Sains) dan En. Wan Mohd. Nazir Wan Taha (Penolong Pegawai Sains).

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.