Lawatan dan Jaringan Kerjasama Langkawi Tourism Academy (LTA), Rimbawi dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Anjuran: Langkawi Tourism Academy (LTA), Rimbawi dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 1 Oktober 2020

Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

Pada 1 Oktober 2020 yang lalu, satu perbincangan bagi pemeteraian jaringan kerjasama antara Langkawi Tourism Academy (LTA) atau dahulunya dikenali sebagai Kolej Komunti Langkawi (KKL) dengan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) serta Rimbawi (pemandu pelancong Langkawi) telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah. Perbincangan pemeteraian jaringan kerjasama ini dihadiri oleh 2 orang wakil pensyarah daripada LTA iaitu Pn. Nurulaini Idaya Muhammad dan Pn. Noor Farahah Harun serta 2 orang wakil daripada Rimbawi iaitu En. Othman Ayeb dan Pn. Indara Rahayu Mohd Noor. Perbincangan ini juga disertakan dengan slot pembentangan yang disampaikan oleh Pengurus PPL iaitu En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad serta lawatan ke galeri dan makmal penyelidikan yang dibantu oleh Cik Asbiyatulaida Derahman, Pegawai Sains PPL.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.