Lawatan dan Perbincangan Bersama Pengurus Besar Underwater World Langkawi (UWL)

Anjuran: Underwater World Langkawi (UWL) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 12 Mac 2020

Tempat: Galeri Penyelidikan dan Makmal PPL, Langkawi, Kedah

Satu perbincangan khas antara pegawai dan kakitangan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) bersama Pengurus Besar Underwater World Langkawi (UWL) telah diadakan pada 12 Mac yang lalu di Makmal Interaksi PPL. Perbincangan ini juga disertai oleh dua lagi kakitangan UWL. Setelah perbincangan berakhir, mereka dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal yang terdapat di PPL, beserta penerangan ringkas oleh pegawai-pegawai PPL iaitu En. Nik Mohd Noor Faizul Md. Saad dan Cik Asbiyatulaida Derahman.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.