Lawatan dan Perkongsian Maklumat bersama Pegawai dan Pelajar daripada Muroto UNESCO Global Geopark (MUGGp)

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 13 November 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Pada tahun 2018, satu memorandum persefahaman ‘sistership’ telah ditandatangani antara Muroto UNESCO Global Geopark (MUGGp) dan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Sehubungan itu, satu program lawatan dan perkongsian maklumat bersama pegawai dan pelajar daripada MUGGp telah diadakan pada 11 hingga 14 November 2019. Salah satu tempat lawatan adalah di Galeri Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), yang mana PPL adalah merupakan salah satu Geopark Partner bagi LUGGp. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dalam mengenali budaya, adat resam, sosial dan ekonomi antara kedua-dua negara dari sudut UNESCO Global Geopark secara amnya. Seramai 7 orang peserta warga MUGGp yang hadir mengikuti program ini, antaranya ialah:

Bil. Nama Peserta Jawatan
1. Mr. Yasuhiko Maeda Ketua Wilayah Muroto High School
2. Ms. Momoko Ochi Tim. Ketua Wilayah Muroto High School
3. Ms. Tsubasa Ogasawara Pegawai MUGGp
4. Mr. Yua Kawaguchi Pelajar
5. Mr. Mahito Yasuoka Pelajar
6. Ms. Mizuki Mizobuchi Pelajar
7. Ms. Nanami Kawashima Pelajar

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.