Lawatan dan Program Konservasi Spesimen Zoologi oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM)

Anjuran: Muzium Alam Semula Jadi (MAS-Jabatan Muzium Malaysia) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 29 September – 1 Oktober 2020

Tempat: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

Program konservasi spesimen zoologi anjuran bersama Jabatan Muzium Malaysia (JMM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah pada 29 September sehingga 1 Oktober. Kerja-kerja semakan dan konservasi yang berlangsung selama 3 hari ini merangkumi spesimen-spesimen awetan kering serta tiruan milik Muzium Alam Semula Jadi (MAS) dan PPL. Aktiviti ini disertai oleh beberapa kakitangan dan kurator daripada JMM serta penglibatan secara langsung oleh kakitangan dan pegawai daripada PPL. Dr. Farizawati Sabri iaitu Pengarah MAS-JMM turut hadir bagi menyempurnakan sesi perkongsian ilmu dan perbincangan bersama kakitangan dan pegawai PPL.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.