Lawatan oleh Pelajar Latihan Industri Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad

Anjuran: Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 20 Ogos 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan dan Makmal PPL, Langkawi, Kedah.

Pada 20 Ogos 2019, beberapa orang pelajar Latihan Industri (LI) beserta kakitangan daripada Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Lawatan ini disambut mesra oleh pelajar-pelajar LI di PPL serta kakitangan PPL. Para peserta lawatan yang hadir telah dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal yang terdapat di PPL. Ini adalah bertujuan mendedahkan kepada para pelajar LI tersebut tentang penyelidikan yang telah dan sedang dijalankan di PPL, serta menarik minat mereka untuk meneruskan pengajian di PPL dalam bidang-bidang kajian utama seperti geologi, biologi, sosio-budaya dan alam sekitar.

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.