Lawatan oleh Persatuan Setiausaha UKM (PSUKM)

Anjuran: Persatuan Setiausaha UKM (PSUKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 01 Mac 2020

Tempat: Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah

Satu lawatan ke Galeri Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) oleh Persatuan Setiausaha UKM (PSUKM) telah diadakan pada 1 Mac 2020. Seramai 20 orang peserta lawatan telah hadir. Semasa di galeri, para peserta diberikan penerangan lanjut berkenaan Langkawi sebagai Geopark oleh En. Nik Mohd Noor Faizul Md. Saad.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.