Lawatan oleh Pusat Teknologi Maklumat UKM (PTM)

Anjuran: Pusat Teknologi Maklumat UKM (PTM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 13 Januari 2020

Tempat: Galeri Penyelidikan dan Makmal PPL, Langkawi, Kedah

Pada 13 Januari 2020 yang lalu, Pusat Teknologi Maklumat (PTM) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melawat ke Galeri Penyelidikan dan Makmal Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Lawatan yang disertai seramai lebih kurang 20 orang peserta ini disambut mesra oleh kakitangan-kakitangan PPL. Penerangan ringkas berkenaan Langkawi Geopark dan penyelidikan-penyelidikan yang dijalankan di PPL disampaikan oleh Cik Asbiyatulaida Derahman, Pegawai Sains PPL.

 

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.