Lawatan oleh Unit Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Asli (Group HSE), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

Anjuran: Unit Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Asli (Group HSE), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 8 Oktober 2021

Tempat: Galeri Penyelidikan, UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS)

Pada 8 Oktober 2021, Pusat Penyelidikan Langkawi, Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS-UKM) telah menerima satu lawatan daripada Unit Alam Sekitar dan Pengurusan Sumber Asli (Group HSE), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Lawatan yang diketuai oleh En. Mohd Nizam bin Basiron (Head, Natural Resource Management, Group HSE) ini adalah bertujuan mempelajari dan memahami secara keseluruhan status, pelan dan informasi terkini berkenaan penyelidikan bidioversiti di Pulau Langkawi, khususnya di persekitaran kawasan terminal minyak PETRONAS di Teluk Ewa, Ayer Hangat. Para peserta lawatan telah disambut mesra oleh Cik Asbiyatulaida binti Derahman (Pegawai Sains PPL) serta dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan dan Bilik Sumber. Disamping itu, penerangan penuh berinformasi tentang penyelidikan yang dijalankan oleh PPL telah disampaikan oleh En. Othman bin Ayeb selaku Felo Bersekutu PPL kepada para peserta yang hadir.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida binti Derahman