Lawatan oleh Zigong UNESCO Global Geopark

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 8 September 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Zigong UNESCO Global Geopark yang terletak di Zigong, China adalah merupakan sebuah bandar yang berkeluasan 56.62km2 dan terkenal dengan perusahaan garam, kawasan penemuan dinosaur dan perayaan tanglung. Pada 6 hingga 8 September yang lalu, beberapa warga Zigong UNESCO Global Geopark telah membuat kunjungan mesra ke Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Ketika kunjugan tersebut, mereka dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), yang juga diiringi oleh Pengurus Besar Bahagian Geopark iaitu En. Azmil Munif Mohd Bukhari.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.