Lawatan Sambil Belajar oleh Kolej Komuniti Langkawi

Anjuran: Kolej Komuniti Langkawi (KKL) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 10 & 14 Oktober 2019

Tempat: Makmal dan Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Pada 10 dan 14 Oktober yang lalu, lawatan sambil belajar oleh pensyarah dan pelajar daripada Kolej Komuniti Langkawi (KKL) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL).  Para pelajar yang terlibat termasuklah daripada jurusan Sijil Pembahagian Bilik (Certificate in Room Division) dan Sijil Pelancongan Rekreasi (Certificate in Recreational Tourism). Para peserta yang hadir diberikan taklimat ringkas mengenai PPL, tayangan video Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) serta lawatan ke makmal dan Galeri Penyelidikan.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.