Lawatan Sambil Belajar oleh Pelajar dan Pensyarah Program Geosains, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Anjuran: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 4 Disember 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 4 Disember 2022 – Bersempena dengan program International GeoExploration de Langkawi 2022 anjuran Kelab Eksplorasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK), satu lawatan sambil belajar telah diadakan ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM). Lawatan yang disertai oleh pelajar dan pensyarah daripada Program Geosains, Fakulti Sains Bumi, UMK ini telah dikendalikan oleh En. Nik Mohd Noor Faizul Md Saad, selaku Pengurus/ Ketua Pegawai Penyelidik PPL-UKM. Semasa berlangsungnya lawatan, para peserta diberikan taklimat dan penerangan ringkas di Bilik Seminar, serta dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan PPL-UKM.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman