Lawatan Sambil Belajar oleh Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

Anjuran: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 14 September 2019

Tempat: Galeri Penyelidikan PPL, Langkawi, Kedah.

Pada 13 hingga 15 September 2019 yang lalu, seramai 38 orang pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dalam jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 4 telah mengadakan program Discovery the Geopark Paradise “The Rewarding Partnership” di Pulau Langkawi, Kedah. Bagi memenuhi silibus untuk kursus DTM 3053 Tourism Expedition, satu lawatan sambil belajar telah diadakan ke Galeri Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) pada 14 September. Semasa di galeri, penerangan dan perkongsian ilmu telah disampaikan oleh En. Othman Ayeb dan Pn. Indera Rahayu Mohd Noor, selaku pengiring serta pemandu pelancong bagi lawatan sambil belajar ini. Selain itu, dua orang pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin juga turut serta mengiringi lawatan.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.