Lawatan Sambil Belajar oleh Pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Anjuran: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM)

Tarikh: 1 November 2022

Tempat: UKM Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 1 November 2022 – Seramai 42 orang pelajar serta 9 orang kakitangan daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah membuat satu lawatan sambil belajar ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-UKM). Para peserta lawatan telah dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan dan Bilik Sumber PPL bagi melihat pameran bahan-bahan penyelidikan serta buku-buku hasil tulisan pakar-pakar penyelidik PPL-UKM yang menjalankan kajian di Pulau Langkawi, Kedah. Lawatan selama 2 jam ini dikendalikan oleh Felo Bersekutu PPL-UKM, iaitu En. Othman Ayeb serta dibantu oleh kakitangan-kakitangan PPL-UKM.

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman