Mesyuarat Jawatankuasa Pemuliharaan dan Saintifik Langkawi Geopark Bil 1/2019

Anjuran: Institut Alam Sekitar Dan Pembangunan (LESTARI) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 11 April 2019

Tempat: Auditorium Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Satu mesyuarat jawatankuasa pemuliharaan dan saintifik Langkawi Geopark telah diadakan di PPL pada 11 April 2019 yang lalu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah LESTARI, iaitu Prof. Dato’ Dr. Mazlin bin Mokhtar. Beberapa perkara berkaitan pembangunan hal ehwal pemuliharaan dan saintifik serta penambahbaikan di Langkawi UNESCO Global Geopark telah dibincangkan bersama oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terlibat. Antara ahli-ahli jawatankuasa yang hadir termasuklah pakar penyelidik dari pelbagai universiti tempatan termasuklah UKM (PPL, LESTARI), USM, UiTM dan UUM, pegawai-pegawai kerajaan dari Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jabatan Warisan Negara (JWN), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (JPM), serta lain-lain agensi dan pertubuhan termasuklah persatuan Friends of Langkawi Geopark (FLAG), Langkawi Tour Guide Association (LTGA), Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad dan Panorama Langkawi Sdn. Bhd. Mesyuarat ini berlangsung selama 3 jam setengah, iaitu bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.