Mesyuarat Penyerahan Tapak Kerja kepada Kontraktor yang Dilantik

Tarikh: 19 Julai 2018

Masa: 9.30 pagi

Tempat: Makmal Interaksi, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Mesyuarat penyerahan tapak kerja bagi perkhidmatan pembersihan dan pencucian bangunan serta membersih kawasan dan penyelenggaraan pokok sekitar Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah diadakan pada 19 Julai 2018. Mesyuarat ini dihadiri oleh 9 orang ahli yang terdiri daripada beberapa pegawai Prasarana-UKM, pegawai PPL dan pihak kontraktor dari ABR Robbel Enterprise. Mesyuarat selama lebih kurang sejam ini seterusnya diikuti dengan  lawatan tapak ke Bangunan Pentadbiran, Asrama, Makmal dan sekitar PPL oleh pegawai PPL bersama-sama ahli-ahli mesyuarat.

Lawatan tapak di sekitar PPL

Laporan oleh Muhammad Nikman Ahmadan.