Pameran Sempena Geopark Day 2018

Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)

Tarikh: 27 Oktober 2018

Masa: 7.30 pagi hingga 3.00 petang

Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah dijemput oleh pihak penganjur Geopark Day 2018 untuk mengadakan pameran di Sekolah Menengah Ayer Hangat Langkawi. Acara Geopark Day adalah salah satu program yang dirangka bagi mengangkat dan mengekalkan pengiktirafan Langkawi sebagai UNESCO Global Geopark.  Geopark Day telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Ybhg Dato’ Azizan Noordin. Pengerusi serta Ketua Program Penyelidikan, Warisan Geologi & Landskap Pusat Penyelidikan Langkawi iaitu Prof. Dr. Norhayati Ahmad dan Dr Tanot Unjah turut hadir ke pameran ini. Tujuan Pusat Penyelidikan Langkawi dijemput mengadakan pameran adalah untuk memperkenalkan Pusat Penyelidikan Langkawi serta menarik minat pelajar terhadap bidang penyelidikan.  Pameran berakhir jam 3.00 petang. Pameran berjalan dengan lancar dan jayanya.

Pengerusi PPL, Prof. Dr. Norhayati Ahmad menyerahkan senaskah Buku Machinchang Cambrian Geoforest Park kepada Pengetua SMK Ayer Hangat.

Bergambar kenangan bersama pelawat reruai PPL

Antara pengunjung reruai PPL

 

Laporan disediakan oleh Nor Amilia Che My.