Pelantikan Sebagai Felo Bersekutu di Pusat Penyelidikan Langkawi – En. Othman Ayeb

Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Othman bin Ayeb diatas pelantikan sebagai Felo Bersekutu di Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) bermula 1 Februari 2020 sehingga 31 Januari 2023. Beliau adalah merupakan Pemandu Pelancong Berlesen dibawah Kementerian Pelancongan Malaysia semenjak tahun 2008 dan kini, beliau menyandang jawatan sebagai Presiden Kelab Langkawi Geopark Guide. Beliau dilantik sebagai Duta Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) pada 2016 hingga 2022 sebagai Geopark Ambassador. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Yang DiPertua Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (Langkawi Tourist Guide Association – LTGA) bermula pada 2016 hingga 2020, sebagai Resident Naturalist di Hotel Andaman (2005-2010), serta pernah bertugas sebagai Nature & Snake Consultant di Maju Hotel & Resorts (Langkawi Snake Sanctuary dan Pedu Lake Resort) pada tahun 2000 hingga 2002. Salah satu kebanggaan kepada diri beliau adalah diundang menjadi jemputan panel speaker bagi memberikan taklimat berkaitan “Role of Geopark Guide” sewaktu persidangan Asia Pacific Geoparks Network (APGN) di Sain Kaigan, Tottori, Japan pada tahun 2015. Antara anugerah yang pernah dimenangi oleh beliau termasuklah International Snake Handling Champion (1997), Langkawi Best Tourist Guide 2010/11 dan Malaysian Snake Guardian 2019 menerusi siaran Discovery Asia (Channel Astro 553).

 

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.