Kerja Lapangan Kajian Pemantauan Populasi Kelawar

Anjuran: Fakulti Sains dan Teknologi (FST, UKM) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 28 – 29 Ogos 2018

Tempat: Gua Kelawar, Sungai Kilim, Langkawi.

Kajian Pemantauan Populasi Kelawar yang diketuai oleh Dr. Juliana Senawi (Pensyarah Kanan FST / Penyelidik Bersekutu PPL, LESTARI) telah dijalankan di Gua Kelawar, Sungai Kilim, Langkawi. Kajian ini adalah bagi menentukan jumlah populasi bagi beberapa jenis kelawar berdasarkan selang waktu (24 jam) serta menentukan hubungkait kepada beberapa faktor mikro-cuaca (microclimate) di kawasan gua tersebut iaitu suhu, kelembapan, cahaya dan kelajuan angin. Kerja lapangan bagi pengkajian ini adalah selama 12 bulan dan telahpun bermula pada bulan Jun 2018. Turut serta dalam kerja lapangan ini termasuklah beberapa orang pembantu penyelidik, pelajar siswazah serta bantuan daripada kakitangan PPL.

 

Laporan oleh Asbiyatulaida Derahman.