Penyerahan Sumbangan Buku kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat Langkawi

Anjuran: Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL)

Tarikh: 11 September 2019

Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hangat, Langkawi, Kedah.

Satu sesi penyerahan sumbangan buku terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL) telah diadakan pada 11 September 2019, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Hangat, Langkawi. Penyerahan sumbangan buku ini diwakili oleh kakitangan PPL dan diserahkan kepada Pengetua SMK Ayer Hangat iaitu En. Mohamad Fisol Mohd Salleh. Buku-buku yang disumbangkan ini adalah hasil tulisan oleh pakar-pakar dan felo-felo penyelidik Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI).

Berikut merupakan senarai buku yang disumbangkan oleh PPL kepada SMK Ayer Hangat, termasuklah:

  1. Warisan Geologi Langkawi
  2. Warisan Geologi Malaysia Siri 1
  3. Warisan Geologi Malaysia Siri 2
  4. Warisan Geologi Malaysia Siri 3
  5. Warisan Geologi Malaysia Siri 4
  6. Warisan Geologi Malaysia Siri 5
  7. Warisan Geologi Malaysia Siri 6
  8. Warisan Geologi Malaysia Siri 7
  9. Warisan Geologi Malaysia Siri 8
  10. Lembangan Kilim
  11. Mangrove Flora of Langkawi
  12. Machinchang Cambrian Geoforest Park: Langkawi Geopark, Malaysia
  13. Marine Wonders: A Malaysian Heritage

Laporan oleh Asbiyatulaida binti Derahman.